Monday, July 9, 2012

BEST IN THE TEKAK... OOLA!

NASI ARAB ZA'FARAN....... :)

Aktiviti hujung minggu yg Free.... Sementara menunggu binik kawan balik dari aktiviti sekolahnya, sempat lah kawan plan nak buat nasi Arab yang agak lain sikit..... ini lah hasilnya.


Jadi oleh kerana sedap ditekak kawan & bini kawan & anak kawan...... maka kawan Share lah Resepi ini. Selamat Mencuba yek..... Pastikan mulakan dengan Bismillah.... Makan dengan berjemaah dan ikut adab2 makan yang sempurna (Sunnah).

Penyediaan Nasi

Bahan
4 cawan/pot beras basmathi (Par Boil basmathi) - rendam 15 minit dan toskan
1/2 Cawan Minyak Zaiton + 3 Sudu Besar Mentega.
4 cawan - air panas @ air rebusan yg panas secukupnya.
1 biji bawang besar - hiris halus.
3 ulas bawang putih - hiris halus.
1 biji tomato - dipotong dadu.
1/2g Za'Faran @ 2,3 cubut @ ikut suka hati lah, jgn lah banyak sangat yekkk.
1/3 cwn kismis.
Rempah tumis 4 sekawan
Sedikit pewarna kuning- (kalau tak cukup kuning).
Air Rebusan Ayam/Daging @ Kiub Ayam/Daging.
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
- Kawan tumis & masak guna periuk Rice Cooker jek -
1. Panaskan minyak dan  tumis rempah tumis ( 4 Sekawan ), bawang putih, bawang besar hingga layu (kekuningan), kemudian masukkan pula tomato yg dicincang. setelah tomato layu
2. Masukkan beras dan goring hingga sedikit kering - lebih kurang 3,4 minit lah.
3. Masukkan air panas @ air rebusan, garam, Za'faran dan kiub ayam  (kalau dah guna air rebusan, tak payah lah letak kiub yek).
4. Pindahkan periuk & masak lah cam biasa masak nasi tu.
***3. Bila nasi kering masukkan kismis dan kacau, buat lubang ditengah nasi, gemburkan dan letakkan foil (bentukkan foil macam mangkuk kecil). Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2, 3 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi dan cover permukaan Rice cooker dengan foil dan tudungkan semula (jadi nasi masak elok sebab wap nasi terperangkap.) - selama 10 hingga 15 minit.
5. Sedia untuk di hidangkan.

Resepi Ayam (sumber: iresepi.blogsport.com)

Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
madu ikut suka nak letak banyak mana
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam, madu dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 hingga 30 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas dan sapukan madu pada ayam.
**suhu oven tak sampai 250'c, jadi bakar suhu 220'c selama 1 jam...kemudian buka dan sapukan juga madu serta bakar bawah grill selama 15-20 minit ...Selamat Menjamu Selera.

Salsa Kabala

3 biji buah tomato - potong dadu
1 batang timun di buang biji - potong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
1 tangkai cili merah & cili hijau - dimayang halus
Sedikit daun ketumbar
1 sudu makan minyak zaiton
2 sudu makan Cuka Apple/Anggur (cuka buah)
1 @ 2 sudu makan madu.

Cara - cara

Campurkan dan gaulkan kesemua bahan diatas dan sedia untuk dihidangkan.

Sup ringkas

5 Cawan air rebusan ayam/kiub Ayam
Sebungkus Fish ball/isi ayam/daging/ikut suka.
*daun Sup.
*3 biji bawang putih (diketuk).
*4 biji bawang kecil. (seketul2 masukkan)
*1 Inch halia ( seketul2 masukkan)
sedikit garam.
sedikit gula.
** nak tambah sayur2 lain pon bolek jugakk, tak de hal.

Cara - cara

Rebus bahan2 bertanda (*) Setelah empok masukkan Fish ball dan sedia untuk dihidangkan.

Sos

1 biji tomato ~ hiris
1/2 biji bawang besar
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Secubut garam
Gula
1 sudu makan cuka buah Apple/Anggur.
Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan diatas , sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur & sejukkan seketika di dalam peti ais.... dan hidangkan. 

**OOLA! -




No comments:

Post a Comment